Pages

Labels

Powered by Blogger.

Wednesday, December 27, 2017

Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Donovan Richardson vs Am Nass)

Donovan Richardson vs Am Nass
Selekoh Terakhir (Mencari Emily)
"Copycat Personality"
Donovan Richardson meniru apa saja yang dilakukan oleh Am Nass baik dari segi karya lukisan dan penulisan sehingga dia sudah tidak mampu lagi.Akhirnya,dia dia menjual jiwanya kepada syaitan dan menjadi seorang pembunuh bersiri.Dia bersumpah akan menghancurkan Am Nass dan melepaskan seluruh kemarahan kepada mangsanya dengan menghasilkan gambar dan video pembunuhan.Donovan memuatkan semuanya dalam laman 'dark net' miliknya.Selekoh Terakhir : Mencari Emily sebuah karya psiko thriller saya yang pertama.Emily Watson, gadis kolej berusia 20 tahun yang mengambil bidang kesusasteraan menjadi mangsa penculikan yang seterusnya.Mampukah Am Nass dan Inspektor Henry menghentikan kegilaan Donovan Richardson aka Venom dan menyelamatkan Emily Watson?Donovan Richardson aka Venom, si peniru personaliti ini harus dihentikan.Nantikan sambungan Selekoh Terakhir : Mencari Emily malam ini.


Gambar sekadar hiasan.

Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Petikan Fragmen 2)

Emily Watson
Selekoh Terakhir : Mencari Emily
Petikan Fragmen 2
Jam 00:44 pagi

Lokasi: Balai Polis Bukit Aman

Aku masih lagi menghadap komputer riba.Aku masih cuba untuk memecah masuk ke laman 'dark net' milik Venom.Laman yang memuatkan gambar dan video penculikan dan pembunuhan.Aku dan Inspektor Henry masih lagi di Balai Polis Bukit Aman.Inspektor Henry, yang bergegas pulang dari Scotland Yard ketika dalam pertukaran tugas di sana telah diarahkan untuk menyelesaikan misteri kehilangan seorang gadis berusia 20-an bernama Emily.Inspektor Henry memerlukan seseorang untuk membantunya menggodam laman 'dark net' milik Venom.Danial Roy, lelaki yang sama-sama bertugas dengan aku dahulu ketika operasi sulit ketenteraan telah mencadangkan nama aku kepada Inspektor Henry.Aku saat ini, telah bersara daripada menjadi seorang penggodam internet beretika dan lebih menumpukan kepada bidang penulisan dan menghasilkan buku.Inspektor Henry telah mencari aku sampai ke Venice, Itali.Dia meminta aku membantunya dan pihak polis dalam hal ini.Inspektor Henry telah menyediakan tiket penerbangan untuk aku pulang ke Malaysia.Aku bersetuju untuk membantu dan segala pembabitan aku dalam operasi ini akan dirahsiakan.Apa yang diharapkan sekarang ialah agar Emily tidak diapa-apakan dan berjaya dijejaki.Inspektor Henry sudah lama tidak bercukur dan aku pula terusan menghadap komputer riba.

Friends do Friends favors right?
Well I'm going to do a favor for you.
I'm not doing this for money,
I'm doing this for beauty.
Keep calm and go to sleep...
~Venom.

Mampukah Inspektor Henry dan Am Nass mencari Emily.Nantikan esok.

"Bertahan, Emily..."

Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Petikan Fragmen 1)


Selekoh Terakhir...
Mencari Emily.
Petikan Fragmen 1.
Gambar : Google Images.

"Am Nass, awak kenal Venom?"tanya Inspektor Henry.
"Ya,Inspektor.Namanya yang sebenar ialah Donovan.Donovan Richardson.Dia seorang pelukis yang hebat.Dan kini, dia seorang pembunuh.Dia mencari seseorang selama ini.Dan orang itu ialah saya,Inspektor Henry.Saya melukis, dia melukis.Saya menulis, dia juga menulis.Dan, dia juga mencabar awak,"jawab Am Nass dengan tenang.Dia mengatur kaca matanya.




Selekoh Terakhir : Mencari Emily (Pengenalan)

Donovan Richardson dan Emily Watson
Selekoh Terakhir (Mencari Emily) adalah percubaan cerita psiko thriller saya yang pertama.Masih belajar dan silalah komen karya saya ini.Terima kasih.
Donovan Richardson aka Venom dalam Selekoh Terakhir (Mencari Emily).Pembunuh dingin dan psiko.Asalnya,seorang pelukis dan penulis novel.Pernah menuntut bersama dengan Am Nass.Ingin meniru perwatakan Am Nass tetapi tidak berjaya.Dan, rasa dengki dan dendamnya menyebabkannya menjual jiwa dan rohnya kepada syaitan.Mempunyai sebuah laman 'dark net' yang menghimpunkan koleksi gambar dan video pembunuhannya.Diburu oleh Inspektor Henry kerana disyaki menculik Emily Watson, seorang gadis kolej berusia 20 tahun yang belajar dalam bidang kesusasteraan.Adakah anda bersedia bersama dengan Inspektor Henry menyelongkar siri pembunuhan Venom? Serta mengetahui sejarah hidup dan sisi gelap Donovan Richardson dalam obsesinya terhadap mangsa sehingga sanggup menjadikan mereka karya berdarah dan juga santapan kanibalisme.Nantikannya esok.
Gambar sekadar hiasan.